iklan responsive
TEH HALBA UNTUK CANTIK DALAMAN DAN LUARAN.
Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum. Yang asyik pm tanya macam mana nak buat teh halba tu inilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.
BAHAN-BAHAN:
1- Halba satu sudu kecil2- Air segelas
3- Madu satu sudu besar (boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Saya tak jumpa pula sudu plastik saya pagi tadi.
4- Limau kasturi (option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.
CARA-CARA:
Cara-caranya, rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Antara khasiat teh halba adalah :
1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Dalam perubatan China membuktikan kenyataan ini.
4- Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5- Merawat masalah sembelit & buasir.
7- Menghilangkan lendir & sakit tekak.
8- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
9- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
10- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba.
* Wanita mengandung tak boleh minum. Tunggu lepas bersalin dulu. Bagus diminum dalam pantang, cuma jangan letak limau. Just halba dan madu.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Kembali Seperti ‘Anak Dara’… Boleh Amalkan Teh Halba Ini!"
Post a Comment