Siapa sangka HAIWAN KESAYANGAN NABI digunakan sebagai senjata paling ampuh sehingga berjaya mengalahkan angkatan tentera kafir



iklan responsive

Dengan menggunakan kucing sahaja, pasukan tentera Parsi mampu mengalahkan pasukan tentera Mesir. Siapakah yang menyumbangkan idea pelik ini kepada pasukan Parsi sehingga melumpuhkan kekuatan besar pasukan Firaun ini? Jom, kita terbang ke Mesir pula kali ini.
• Kota Pelusium merupakan salah satu kota yang penting bagi kerajaan Mesir Kuno pada masa itu kerana tanahnya yang subur & sistem ekonomi yang sempurna.
• Pada masa itu, kota ini terletak di sebelah utara hulu sungai Nil & merupakan pintu utama bagi musuh untuk menguasai kerajaan Mesir Kuno.
Jika kota Pelusium jatuh, maka kerajaan Mesir Kuno pun turut jatuh ke tangan musuh, sebab itulah yang membuatkan pasukan Persia menyerbu kota ini dahulu sebelum menakluk pusat kekuasaan Mesir Kuno.
• Pada abad ke-8 SM, pasukan Parsi pimpinan Kisra Sennacherib berhasrat menakluk kerajaan Mesir Kuno pada masa pemerintahan Firaun Sethos.
Serangan kali pertama pasukan Parsi ke atas pasukan Mesir Kuno dituju ke atas kota Pelisium. Tetapi Firaun Sethos yang bijak dalam taktik peperangan menyerang kem pasukan Parsi pada malam hari & menyebabkan formasi tentera Parsi kacau balau. Kisra Sennacherib mengundurkan tenteranya dari medan perang Pelisium setelah banyak pasukannya terbunuh.
• Tetapi setelah beberapa lama, Kisra Sennacherib pun meninggal dunia & posisinya digantikan oleh anaknya, Kisra Cambyses II, penguasa kedua Dinasti Achaememid Persia.
• Menurut Herodotus, Kisra Cambyses II menghantar utusannya ke kerajaan Mesir Kuno yang bertujuan untuk melamar anak gadis Firaun Amasis.
Tetapi Firaun Amasis menolak permintaan Kisra Cambyses II kerana ia menganggap permintaan Kisra Cambyses II ini tidak lain hanya bertujuan untuk menjadikan anaknya sebagai perempuan simpanan.
• Kisra Cambyses II yang murka dengan penolakan ini terus menyiapkan pasukan tenteranya untuk menyerbu kerajaan Mesir Kuno.
Pada tahun 525 SM, pasukan Parsi pimpinan Kisra Cambyses II tiba dengan selamatnya ke perbatasan kerajaan Mesir Kuno iaitu kota Pelusium.
• Ketika ini, Firaun Amasis telah meninggal dunia & posisinya diambil alih oleh anaknya, Firaun Psamtek III.
Firaun Psamtek III segera menghantar tenteranya ke kota Pelusium untuk menghadang kemaraan tentera Parsi.
• Kisra Cambyses II yang lebih bijak daripada ayahnya menggunakan taktik ‘psychology warfare’ untuk menumpaskan pasukan Mesir Kuno pada kali ini.
Baginda mengarahkan kepada semua tentera Parsi yang berada di barisan hadapan pasukan (pasukan pejalan kaki) supaya melukis gambar kucing di permukaan perisai masing-masing.
• Kisra Cambyses juga mengenakan sebuah zirah perang miliknya yang berukiran wajah Dewa Bastet, iaitu dewa berwajah kucing yang merupakan salah satu dewa yang disembah oleh rakyat Mesir Kuno.
• Pasukan Parsi juga meletakkan beberapa haiwan suci yang disembah oleh rakyat Mesir Kuno seperti anjing, kucing, kambing & sebagainya, di barisan hadapan pasukan pejalan kaki.
Dengan taktik ini, pasukan Mesir berasa takut mahu menyerang & mencederakan pasukan Parsi lalu menyebabkan pasukan Mesir mengangkat senjata & menyerah kalah.
• Akhirnya kota Pelusium ditaklukkan oleh Kisra Cambyses II & baginda juga berjaya menangkap & menawan Firaun Psamtek III.
• Menurut di dalam catatan ‘Stratagems’ karya salah seorang penulis Macedonia, iaitu Polyaenus, beliau mencatatkan :
“Kebijakan Cambyses II dalam menipu musuh & menahan serangan pasukan Mesir dengan menggunakan lukisan kucing di perisai mereka ( pasukan Parsi) ..”
Kesimpulannya, strategi juga merupakan peranan penting di dalam peperangan selain kekuatan jumlah pasukan. Apa? Kau ingat kucing yang comel tak boleh digunakan sebagai senjata di dalam peperangan ke? Meow-meoweapon.
Sumber Rujukan : The Battle of Pelusium : A Victory Decided by Cats, Mark J.J, 2012.
– TAMAT –


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Siapa sangka HAIWAN KESAYANGAN NABI digunakan sebagai senjata paling ampuh sehingga berjaya mengalahkan angkatan tentera kafir"