Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dibunuh Bapa Tiri Kerana Terberak Atas Perut..



iklan responsive


Sedih sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata kata, dibunuh dengan cara sadis dan dikubur pula seperti tanam bangkai haiwan.

Seorang kanak kanak yang dikenali sebagai Navita 3 tahun dibunuh oleh ayah tirinya, lebih memilukan pembunuhan itu turut dilakukan oleh ibu kandung mangsa sendiri.


Peristiwa memilukan ini bermula pada Sabtu (29/4) di Pulau Borneo, Kalimantan Bontang. Fardi hendak ke Kutai Barat bersama isteri Reni Anita (20) dan anak tirinya Navita menaiki lori.

Ketika dalam perjalanan balik, ditengah jalan suspek menghentikan lori ditengah jalan untuk berehat.anak tiri yang tidur di atas perutnya terberak di hingga mengenai perut suspek.

Suspek kemudian menyuruh isteri untuk membersihkan najis yang berada di perutnya namun wanita berusia 20 itu enggan memberi kerjasama.

Geram dengan kejadian itu, suspek menumbuk kepala Navita sebanyak 3 kali dan pengsan.

Tidak cukup dengan itu mangsa juga di baling ke dinding lori hingga melambung ke atas sebelum di serahkan semula kepada ibunya.


Melihat anak mereka tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkannya dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih akan tetapi usaha itu gagal.

Mereka yang melanjutkan perjalanan sampai ke pagi mendapati anak mereka sudah tidak bernyawa.

Pasangan berkenan terus membeli kain kapan dan cangkul, jenazah kanak kanak malang itu tersebut dibungkus dengan cara ala kadar dan dikubur di tengah hutan seperti mananam bangkai haiwan.

Selepas sampai dikampung mereka di bontang, pasangan berkenan memberitahu warga bahawa anak mereka telah meninggal dunia akibat dilanggar lari.

Salah seorang warga yang tidak sedap hati kerana menemui beberapa kejanggalan melaporkan pasangan itu kepada pihak polis Bontang.

Polis Bontang yang terus membuat siasatan berjaya mengungkap pembunuhan sadis tersebut bermula dari pengakuan isteri suspek.


Dari laporan yang diterima, pihak polis membuat galian di kubur tidak bertanda itu dan didapati keadaan jenazah Navita penuh dengan luka lebam. Mulai dari kaki, hingga mukanya yang penuh luka membiru dan menyebabkan matanya bengkak.

Tidak hanya itu, tangan kanan Navita juga patah. Mulutnya juga mengeluarkan darah bercampur cairan seperti nanah. Sementara di tangan, badan serta kedua lututnya mengalami bengkak dan memar hingga membiru. Ibu mangsa yang melihat jenazah anaknya hanya terdiam dan tak bisa berbuat apa-apa. Nita memberikan alasan bahawa dirinya takut kerana diugut oleh suami dan diminta menceritakan kepada jiran tetangga seperti rencana Ardi kononnya anak mereka meninggal dunia akibat dilanggar lari.

Suspek (ayah tiri) yang ditahan tidak nampak sedikitpun rasa sedih dan menyesal, ketika disiasat suspek mengaku tidak berniat untuk membunuh anak tirinya itu.

Akan tetapi rasa dendam terhadap mangsa membuat dia gelap mata. Selain, Ardi juga mengungkapkan bahawa dia masa kecil selalu dipukul oleh ayahnya.

Rasa dendam dan kisah hitam masa kecilnya membuat dia tidak dapat mengawal perasaan sehingga anak tirinya menjadi mangsa keadaan.


Diceritakan oleh Ardi sendiri, semasa dia tidur dalam lori ketika berehat sebelum membunuh anak tirinya itu, dia sempat bermimpi melihat Navita melambaikan tangah dan berkata ‘bye-bye ayah


ikalan saiz 250




iklan adnow

0 Response to "Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dibunuh Bapa Tiri Kerana Terberak Atas Perut.."